Thursday, February 21, 2013

NASI TOMATO + AYAM MASAK MERAH + ACAR NENAS


10orang

NASI TOMATO 

BAHAN-BAHAN :

1. 1 1/2 kg beras *aku guna beras biase jek.xmampu nk beli beras basmathi
2. 3 ulas bwg merah dimayam
3. 5 ulas bwg putih dimayam
4. 1 inci halia dimayam
5. rempah adik beradik (bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis)
6. 4 bijik tomato *potong dadu
7. 1 tin kecil tomato puree
8. 1 cawan susu cair
9. 3 sudu mentega
10. garam n perasa secukup rasa
11. 5 sudu sos tomato *ak xletak pon.kalo letak rasa manis2 cket.
12. air*ikot sukatan beras anda
13. bwg goreng
14. daun sup*daun ketumbar pon boleh.tp ak xsuka bau dye

CARA-CARA :

1. panaskan marjerin hingga cair. tumiskan rempah hingga agak2 masak n masukkan bahan2 y dimayam hingga garing.
2. aku masak nasik ni guna rice cooker.sonang ckit...3. lepas uh, masukkan bahan y ditumis tadi ke dalam beras(dlm rice cooker). masukkan semua bahan2 n kacau sebati.
4. tunggu leeee sehingga nasi masak.
5. bila nasi dah masak,taburkan bwg goreng n daun sup atas nasi.gaul rata.





AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN :

1. 1 ekor ayam*potong 12
2. 2 labu bwg putih*dikisar
3. 10 ulas bwg merah*dikisar
4. 2 inci halia*dikisar
5. 1 cwn cili kering*dikisar halus
6. 5 biji cili merah*dikisar
7. 2 batang serai
8. 5 sudu sos cili
9. asam jawa
10. gula,garam,perasa
11. minyak utk menumis
12. 1ulas bwg besar dipotong bulat
13. 3 sudu besar serbuk kunyit

CARA-CARA :

1. perap ayam bersama bwg serbuk kunyit, 1 labu bwg putih, 1 inci halia y telah diblend n gram.
2. goreng ayam hingga garing.ak suka ayam y garing sbb kalo separuh masak ayam jadi lembik.
3. utk samballl....
4. blend bahan y brtanda
5. masukkan dalam kuali.jangan masukkan minyak...keringkan air bahan y dikisar td,bila air dah kering,baru masukkan minyak.then,,kacau hingga garing.
6. masukkan serai, sos cili n bhn perasa spt garam gula bhn perasa asam jawa...
7. bila sambal dah hampir masak masukkan bawang besar y dah dipotong.kacau rata
8. last skali masukkan ayam y telah digoreng. 
9. kacau kacau n kacau hingga tersalut semuanye.



ACAR NENAS 

BAHAN-BAHAN :

1. 1 bijik nenas *xnak y masak.nnti air byk sgt
2. 5 sudu cili kering y dah dikisar
3. 5 biji bawang merah dimayam
4. cuka,gula,garam

CARA-CARA :

1. potong nenas kecil2.
2. gaulkan bhan2 lain n bagi balance rase nye.masukkan nenas n kacau rata
3. boleh dihidang.sonang kan?

#kalo ma ak dye lagi suka nasi tomato bersama kerutuk ayam n acar timun.next resepi lah.lari tajuk pulak kan.


SELAMAT MENCUBA :)

Saturday, May 19, 2012

tapai ubi kayu

ak sbnrnye xpandai sgt buat tapai ni...tetibe je teringin nk post resepi ni.bukan ape...teringat kat arwah nenek..arwah sgt pro dlm buat tapai.mn x nyee...siap bole jual kat org kg lagi...nnek mmg pndai dlm buat kuih muih ni...kecik2 dulu ak slalu bantu dia kat dapur masak.rindunye nak makan tapai dye...
#semoga arwah nenek tenang di sana.al fatihah#

bahan-bahan :

1. ubi kayu (dibuang kulit dan direbus hingga empuk)
2. ragi (bole dibeli di pasr)

cara-cara

1. bila ubi sudah direbus hingga empuk.sejukkan
2. hancurkan ragi hingga halus. tabur di ats ubi tadi dan gaul rata
3. tutup bekas y mengandungi ubi hingga kedap. biarkan selama 2 hari

p/s - tapai enak dimakan goreng.


gd lux!
selamat mencuba ;)


onde-onde/buah melaka

kuih ni mmg feveret mama la....kalo beli kat kedai susah nk dapat y sedap.so,,,buatlah sendiri.
mmg kuih wajib la time bulan pose...

bahan-bahan :

1. 500 gm tepung pulut
2. secubit kapur makan (larutkan dalam air)
3. pewarna hijau + daun pandan
4. gula melaka/nisse (potong dadu.jgn kasi hancur.potong kecik2)
5. air untuk mengadun
6. kelapa muda y diparut (separa tua.gaul dgn sedikit garam)

cara-cara :

1. uli tepung+air+pewarna+air kapur.uli hingga sebati.sambil uh rebus air untuk merebus onde2.
2. bulatkan sebesar 20$.msukkan gula melaka di tengah2.
3. buat hingga habis.
4. masukkan onde2 y tlh dibulatkan tadi ke dalam air y mndidih.
5. ianye masak bila dah timbul kat permukaan air.
6. toskan dan terus gaul bersama kelapa.gaul mase masih panas.kalo x kelapa xkan melekat pade kuih.
7. sedia untuk dihidang.


p/s- paling best makan ms bukak puasa.buat byk2...bole makan bila balek terawih.abah suka makan time sahur...
selamat mencuba :)
gd lux!
sonang jee ni...

Saturday, May 12, 2012

air asam paru lembu

ak pon xsure nama sebenar masakan lauk ni.kalo kat klate pnggl 'pelempong lembu air asam jee....'
memang sedap la bg y gemar...sstengah org xleh mkn sbb paru ni brbau cket....dulu pon ak xsuka.bila nnek ajar ak cara mkn n buat masakn y sedap smpai skrg ak gemar...pantang nmpak paru kat psr.terus nk beli.
kalo kat tanah merah mmg kena kuar awal2 pagi la ke pasr...bila kat pilah ni p tgh hr pon ade lagi paru uh...
nk masak paru ni kena ikot cara y ssuai...br le xberbau..

bahan-bahan :

500gm paru lembu(ditumbuk n direbus hingga masak.air rebusan jgn buang)
*1 ikat daun kesum
*5ulas bwg kecik(merah)
1 inci belacan
3 biji limau nipis
cuka*tambahan utk masam
*10biji cili padi
air rebusan paru
garam
perasa

cara-cara :

1. potong nipis n halus semua bahan y brtanda *
2. perah limau nipis dalam 1 bekas.
3. masukkan belacan+garam n perasa. hancurkan belacan
4. masukkan semua bahan y dihiris tadi..kacau sebati.
5. jika kurang masam. bole tambah sedikit cuka
6. tambahkan air rebusan paru tadi utk mndapatkan kuah
7. potong paru nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas td.kacau sebati
8. bole dihidang...

p/s : xdak gambo.xsempat nk snap...ak buat ni mnggu lepas kat umah sewa.
bole buat mkn tgh hr....sedapp wuuu!

gd lux n selamat mncuba :)

ikan masak merah mama

kalo balik kampung je mesti mintak mama masakkan....mama buat rasenye lg sedap berbanding ak punyee...biase laa,,,air tgn mak katakan...conferm sdp wpon ak guna resepi same.rindunye nk balik kg.


resepi ikan masak merah/sambal :

bahan-bahan :

1. 3ekor ikan*ikot kegemaran.ak slalu guna ikan kembong
2. 3 ulas bwg merah*diblend
3. 2 ulas bwg putih*diblend
4. 1cm halia
5. asam jawa *(ambil airnye)
6. garam,gula,perasa*secukup rasa
7. cili kering+cili besar *diblend
8. bawang besar/holland
9. 3sudu sos cili/sos tomato*potong bulat

cara-cara :

1. lumur ikan dgn garam+kunyit+sedikit perasa
2. goreng ikan hingga masak
3. tumis bwg merah, bwg putih, cili kering+cili besar y telah diblend.guna sedikit minyak jee
tumis hingga naik minyak.baru bwg uh masak.kalo x xsedap
4. masukkan air asam jawa,garam,gula n perasa...
5. campurkan sos cili/sos tomato...kacau sebati
6. bila hmpir masak, masukkan bwg besr y telah dihiris bulat td. jgn biarkan lama.nnti bwg 
lebam.
7. masukkan ikan ke dlm sambal.biarkan sekejap.biar sambal meresap dlm ikan.
8. tutup api dan sedia untuk dihidang.


gud lux n selamat mencuba! :)

Friday, May 11, 2012

samosa comel

cubaan pertama ak buat samosa berjaya.alhamdulillah....
lipat punye lipat akhirnye jadilah bentuk tiga segi samosa y ak  buat.
ak buat dgn pertolongan housemate ak...anis.dye y beriya nk mkn..
so ak buat la utk dye.....tp kitorg xsempat makan pon..da habes....
bwk pegi ladang....ak xkesah sgt xdapat makan sbb ak y buat...
pelik jek ak ni xsuka mkn ape y ak masak.ak paling suka bila org abeskan
mkanan y ak buat jek....heeeeeeee

resepi samosa

bahan-bahan:

1. 1kg kentang(potong dadu)
2. 100g ikan bilis(diblend hancur)*boleh tukar dgn daging/ayam/udang kering
3.  4ulas bwg merah
5. 4ulas bwg putih
6. 100g serbuk kari
7. garam dan gula
8. daun kari
9. telur putih/telur(tamapal kulit nnti)
10. 1 paket kulit popia(dipotong dua)
11. air putih

cara-cara:

1. tumis bwg merah,bwg putih hingga garing
2. masukkan serbuk kari..kacau hingga msak.
3. masukkan kentang.masuk pulak air hingga kentang terendam.
4. masukkan ikan bilis...kacau rata.
5. perasakan dgn garam dan gula.tambah daun kari...
6. kacau hingga masak dan sedikit kering
7. bungkus inti di dalam kulit popia dan gulung hingga jadi triangle.
8. lekatkan hujung guna putih telur atau tepung.
9. goreng hingga kekuningan



gu lux!

p/s: sgt suka bila dyorg makan smpai habes.


Monday, May 7, 2012

Aku maafkan kamu-jamal abdilah ft malique


#ak mmg xsuka lagu ni.tp not bad jugak laa..#
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan